Back to Top

Hi, Guest!

  LOKASI :  Kabupaten Jember

Bergabung Selama :

BAGIKAN :   

Bagikan :
  • Tasbih Kayu
  • Tasbih Gaharu Natural Grad B 3Ukuran 99 Diameter 7 mm

Tasbih Gaharu Natural Grad B 3Ukuran 99 Diameter 7 mm

Update Terakhir
:
19 / 12 / 2019
Min. Pembelian
:
0 Unit
Dilihat Sebanyak
:
96 kali
Harga
Rp. 30.000
Bagikan
:

Perhatian !

Perusahaan ini terdaftar sebagai Free Member. Hindari melakukan pembayaran sebelum bertemu penjual atau melihat barang secara langsung. COD (Cash On Delivery) atau bertemu langsung dengan penjual merupakan metode transaksi aman yang kami sarankan.

Detail Tasbih Gaharu Natural Grad B 3Ukuran 99 Diameter 7 Mm

Tentang Kayu Gaharu dan Tasbih Gaharu Ukuran : 99 biji Code : TGN00997 Kategori Grad B 3 Diameter : 7 mm Bahan : Kayu Gaharu Asli Gaharu Si Pokok Emas Gaharu adalah sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. ( Nama daerah : Karas, Alim, Garu dan lain-lain) . Gaharu merupakan sejenis kayu berdamar yang amat wangi bila dibakar yang terhasil dari jenis pokok kayu yang digelar dengan nama Pokok Gaharu, Pokok Depu mahupun Pokok Karas. Nama saintifiknya Aquilaria dari family Thymelaecae dan terdapat 15 spesies dari genus Aquilaria. Di antaranya hanya lapan jenis sahaja yang ada menghasilkan gaharu, dan yang terbanyak adalah dari jenis Aquilaria Crassna , Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Agallocha and Aquilaria Sinensis. Sejak dari zaman purba lagi gaharu telah digunakan dan digemari dan didagangkan dengan harga yang tinggi. Ia menjadi bahan utama dalam upacara keagamaan, perubatan dan bahan wangian. Bangsa Arab adalah antara pengguna terbesar dunia dan selainnya negara-negara seperti Jepun, Taiwan, Hong Kong, Cina, Eropah dan lain-lain lagi. Gaharu juga digunakan bagi menghasilkan pelbagai produk seperti minyak wangi, ubat-ubatan bagi rawatan kecantikan serta minuman dan lain-lain lagi. Pokok gaharu juga di kenali sebagai Agarwood adalah dari genus Aquilaria. Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam gaharu adlah resin atau alkaloid seperti sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone, agarospiral, jinkohol-eramol dan jinkool yang menghasilkan aroma wangi gaharu. Kayu pokok gaharu agak lembut dan digunakan dalam industri kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, chopstick dan lain-lain. Manakala minyak gaharu pula diguna untuk upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurvedic dan Tibet serta digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah. Di Papua New Guinea sebagai ubat-ubatan tradisional. Sekarang gaharu banyak digukan sebagai bahan wangian dan kosmetik. Nama lain untuk sebutan kayu Gaharu ini mengikut sesuai kultural negeri dan budaya masing masng , misalnya : 1. Ché n-xiang dalam bahasa Cina and Jin-koh dalam bahasa Jepun " bermasksd kayu yang tenggelam ( " sinking incense" ) 2. Pokok Gaharu yang telah diprosess menjadi minyak digelar Oud oleh bangsa Arab. 3. Di Eropah pula dikenali dengan nama Lignum aquila ( eagle-wood) or Agilawood, kerana rupanya seperti bulu burung helang 4. Nama lain yang tersebut dialam kitab-kitab agama kristian Aloeswood. 5. Bagi negara Malaysia dan Indonesia dikenali dengan nama " gaharu" . 6. Di Papua New Guinea digelar " ghara" . 7. Di Vietnam pula dipanggil “ tram huong” . 8. Di India pula dikenali sebagai " agar" . 9. Di Laos dipanggil dengan nama " Mai Ketsana" . Permintaan dunia terhadap gaharu dan hasilan gaharu amatlah tinggi sekali tetapi pengeluarannya semakin berkurangan kerana sumber Pokok Gaharu di hutan sudah mula pupus. Harga gaharu semakin meningkat pada setiap tahun. Harganya boleh mencecah sehingga RM 12 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM 50 ribu sekilogram. ( kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaikan dan ia hanya bergantung kepada penjual dan pembeli) . Dari sumber ( TRAFFIC International 2002) Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran. gaharu lagi 1 - Batang kayu karas dibersihkan sebelum dipotong kecil. 2 - Gaharu dikukus untuk mendapatkan minyak. Pokok karas menghasilkan bahan untuk industri minyak wangi dijual antara RM15, 000 hingga RM20, 000 sekilogram ANAK pokok karas atau gaharu setinggi 20 sentimeter ( sm) yang dijual pada harga RM1.60 sepokok dua tahun lalu kini mencecah RM9, gara-gara minat orang ramai menanam pokok yang dikatakan boleh memberi pulangan RM18, 000 sepokok. Karas atau nama saintifiknya, Aqularia malaccensis yang boleh mencapai ketinggian lebih 36 meter, mengeluarkan damar atau rasin yang diperlukan dalam penghasilan minyak wangi, manakala kayu dan kulitnya diproses menghasilkan gaharu. Damar yang dihasilkan oleh pokok karas kini digredkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan gred Super A, A, B, C serta D, dan harga Super A dijual antara RM15, 000 dan RM20, 000 sekilogram di pasaran antarabangsa. Bukan setakat damar, batang dan kulit boleh menghasilkan wang, malah daun karas dikatakan boleh direbus dan diminum bagi mencegah penyakit kanser. Menyedari pokok karas mempunyai nilai komersial, Jabatan Perhutanan Terengganu mempelopori tanaman secara ladang di kawasan 47 hektar di Hutan Simpan Merchang, Marang bagi menggantikan pokok Akasia. Penolong Pengarah Silvikultur dan Perlindungan Hutan Terengganu, Mohd Radhi Chu Abdullah, berkata karas mempunyai potensi tinggi sekiranya diusahakan secara komersial. “ Sejak dua tahun lalu Pejabat Hutan mengumpul banyak maklumat mengenai kaedah penanaman, kesesuaian tanah, kawalan penyakit, taburan hutan dan cara mengatasi penyakit yang dilakukan dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia ( Nuklear Malaysia) dan Pejabat Pertanian. “ Maklumat ini boleh dikongsi jika orang ramai berminat mempelajari cara mengusahakan tanaman ini, ” katanya ketika menyampaikan taklimat kepada Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Seri Azahar Muda, di sini baru-baru ini. Mohd Radhi berkata, proses mengumpul damar karas boleh dilakukan secara semula jadi dengan mematikan pokok mati melalui kaedah melukakannya atau suntikan inokulen. Katanya, teknik inokulen boleh dilakukan apabila pokok mencapai usia lima tahun atau diameter pokok berukuran 20 sm. “ Kedalaman optimal perlu sesuai dengan diameter batang dan biasanya sekitar lima sm.“ Setiap batang pokok akan ditebuk lubang dan dimasukkan spora yang akan menghasilkan damar dan lubang itu akan ditutup menggunakan lilin dan hanya dikeluarkan selepas dua tahun, ” katanya. Mohd Radhi berkata, minyak damar juga boleh diperolehi secara penyulingan dengan merebus kulit dan kayu damar yang diracit. Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Petroleum, Pertanian dan Perikanan Terengganu, Datuk Mamat Ghazalee Abdul Rahman, 59, berkata pokok karas mudah dijaga dan tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi. Beliau berkata, 1, 000 pokok yang ditanamnya setahun lalu kini mencapai ketinggian 150 cm dan tidak diserang sebarang penyakit. “ Mereka yang ingin menanam pokok ini di Pantai Timur perlu memilih masa yang sesuai iaitu sekitar bulan Julai atau Ogos iaitu sebelum musim tengkujuh bagi membolehkan pokok ini tidak menghadapi masalah ketika musim kering. “ Selepas enam bulan yang ditanam, pokok perlu dipangkas dan dijaga secara agronomik bagi membolehkan pokok mencapai ketinggian maksimum, ” katanya yang menanam pokok karas di dusun seluas lapan hektar. Mamat Ghazalee berkata, pokok karas yang ditanam dalam dusun yang sudah matang mudah dijaga dan membesar dengan cepat kerana tidak terdedah terus kepada terik matahari. 1 - Minyak gaharu yang sudah diasingkan perlu dijemur. 2 - Kerja menebuk batang pokok karas untuk menghasilkan gaharu. FAKTA # Berasal dari perkataan Sansekerit iaitu ` agaru’ yang bererti kayu berat ( tenggelam) - menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma harum apabila dibakar. Di negara Asia terdapat lebih 15 spesies gaharu tetapi yang dikenali di pasaran ialah agar wood, aloes wood dan eagle wood. # Analisis kimia mendapati gaharu mengandungi agarospiral, jinkohol-eremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Komponen methoxyphenylethyl chromone pula menghasilkan bauan yang harum apabila gaharu dibakar. Kegunaan # Gaharu digunakan untuk keagamaan Cina, Unanai, Ayuravedik dan Tibet. Di Timur Tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah. # Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut. FAKTA NOMBOR 40 sentimeter - Ukur lilit 20 tahun - Usia mengeluarkan hasil 36 meter - Ketinggian boleh dicapai gaharu lagi KUALA LUMPUR 13 Jan. – Krisana Agarwood Sdn. Bhd. ( Krisana Agarwood) yang terlibat dalam penghasilan gaharu merancang mengembangkan industri yang diceburinya itu dengan menyediakan perkhidmatan penanaman gaharu kepada petani-petani kecil. Pengerusinya, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail berkata, industri tersebut menawarkan peluang perniagaan yang baik kepada para penguasa tanaman itu memandangkan permintaannya yang tinggi. ‘ ‘ Kini pasaran hanya dapat memenuhi 35 peratus daripada permintaan dunia, dengan ini peluang untuk Malaysia menjadi pengeksport amat cerah, ’ ’ katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Krisana Agarwood merupakan syarikat usaha sama antara Laksaman Resources Sdn. Bhd. ( M) dan Borai Krisana Partnership Ltd. ( Thailand) . Pokok gaharu yang seakan-akan pokok getah itu menghasilkan kayu berbau wangi dan mempunyai resin atau antibodi yang berharga mempunyai pelbagai kegunaan. Gaharu merupakan kayu berbau wangi dan kini harga pasarannya ialah kira-kira RM8, 000 hingga RM10, 000 sekilogram. Menurut Syed Razlan, antara perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu ialah menyediakan benih pokok dengan menjualnya dalam bentuk pokok kecil pada harga yang berpatutan. Selain itu, katanya, syarikat berkenaan turut menyediakan perkhidmatan nasihat dan juru runding berhubung penjagaan pokok gaharu dengan cara yang betul. Tambah Syed Razlan, beberapa pakar akan dihantar untuk memeriksa dan memantau keadaan pokok supaya bersedia menerima suntikan ( bagi membantu penghasilan risen gaharu) pada umur lima tahun. ‘ ‘ Syarikat turut menawarkan perkhidmatan suntikan dan penjualan bahan suntikan, ia terpulang kepada pemilik pokok gaharu tersebut sama ada mereka sendiri hendak menyuntik atau memerlukan perkhidmatan kami, ’ ’ katanya. Proses penyuntikan pokok harus dilakukan dengan berhati-hati kerana jika proses itu tidak mengikut cara yang betul akan mengurangkan pengeluaran risen gaharu, sekali gus boleh mengakibatkan penurunan harga serta kualiti pokok tersebut. Seterusnya, Syed Razlan berkata, syarikat turut menawarkan perkhidmatan penuaian atau penebangan pokok untuk mendapatkan hasil. Tambah beliau, Krisana Agarwood juga menawarkan perkhidmatan pemasaran sekiranya pemilik tidak mempunyai pengalaman dalam selok belok pasaran kayu gaharu. ‘ ‘ Bagi petani-petani di kawasan luar bandar yang berminat untuk menceburi bidang ini, sekiranya mereka mempunyai tanah pertanian, kos yang diperlukan untuk menanam 800 pokok gaharu ialah kira-kira RM50, 000, ’ ’ ujarnya. gaharu TEKNIK: Usaha menghasilkan minyak gaharu bermula dengan kerja menakik pokok karas secara menebuk lubang bagi menggalakkan pembentukan resin. Minyak gaharu dihasilkan daripada spesies tumbuhan meliar dapat permintaan tinggi sebagai bahan minyak wangi KOTA BHARU: Pada 2006, pasaran domestik barangan kosmetik dan dandanan diri termasuk minyak wangi mencapai nilai RM3 bilion, membuktikan produk terbabit menjadi sebahagian keperluan asas utama dalam gaya hidup pengguna masa kini. Malah pengguna Amerika Syarikat ( AS) membelanjakan lebih USD5 bilion setahun bagi membeli pelbagai minyak wangi, membuktikan permintaan kepada bahan asas produk itu mempunyai masa depan yang luas. Di sebalik permintaan tinggi terhadap bahan pewangi itu, ramai yang tidak menyedari bahan asas minyak wangi sebenarnya adalah minyak gaharu yang diperoleh daripada pokok karas atau depu yang banyak tumbuh meliar di negara ini tetapi kurang diberi perhatian kerana kekurangan pengetahuan mengenainya. Selain tumbuh meliar, usaha menanam pokok gaharu masih baru di negara ini, meskipun sudah lama popular di negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja yang turut disokong kuat pelbagai agensi negara terbabit menerusi modal dan teknologi. Minyak gaharu yang menjadi asas penghasilan minyak wangi mempunyai permintaan berterusan pada harga yang tinggi mencapai RM18, 000 sekilogram bagi gred bermutu tinggi dikenali sebagai Double Super. SUMBER ASLI: Minyak wangi diperoleh daripada pokok gaharu mampu mencapai harga antara RM18, 000 hingga RM45, 000 sekilogram bagi gred yang bermutu tinggi. Malah, ada kalanya harga boleh mencecah RM45, 000 sekilogram, bergantung kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak selain berdasarkan permintaan antara pembekal dan pembeli. Sejak kebelakangan ini, minyak gaharu tempatan semakin mendapat sambutan sama ada bagi pasaran tempatan atau antarabangsa, malah ramai pengusaha terpaksa menolak permintaan kerana kekurangan bekalan. Ketika ini, pengeluaran minyak gaharu sedunia dianggarkan hanya mampu memenuhi sekadar 20 peratus permintaan pasaran. Di Malaysia, ada lima spesies pokok karas iaitu Aquilaria Hirta, Aquilaria Beccariana, Aquilaria Rostrata, Aquilaria Microcarpa dan Aquilaria Melaccensis. Antara pengeluar minyak gaharu tempatan ialah Agarwood Industry ( Kelantan) Sdn Bhd yang beroperasi di Kelantan dan kini berusaha memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa. Pengarah Urusan Agarwood, Zaidi Hassan, berkata setakat ini, Agarwood yang beroperasi sejak tahun lalu, masih pada peringkat awal penghasilan minyak gaharu walaupun sudah ada syarikat meminta bekalan disegerakan. “ Ada syarikat sudah meminta Agarwood membekalkan sekilogram minyak gaharu, sedangkan syarikat baru beroperasi dan hanya berupaya menghasilkan kurang daripada permintaan itu. “ Bagi memenuhi permintaan itu, Agarwood berusaha memenuhinya dengan menambah dapur memproses kayu gaharu daripada 11 masa kini kepada 40 menjelang tahun depan, ” katanya. Harga minyak gaharu yang mahal sememangnya berbaloi kerana proses penghasilannya yang rumit. Usaha menghasilkan minyak gaharu bermula dengan kerja menyakitkan pokok karas yang berusia lebih lima tahun dengan ukur lilit antara 50 hingga 60 sentimeter untuk menggalakkan pembentukan resin ( bahan yang mengeluarkan minyak gaharu) . Secara tradisionalnya, pokok karas ‘ disakiti’ secara tebukan sama ada menggunakan kapak, besi panas atau dawai berduri. Kini kaedah lebih saintifik dilakukan iaitu kaedah mekanikal secara menebuk batang pokok menggunakan gerudi, kimia dan biologikal. Kaedah ini menjadikan pokok berupaya menghasilkan teras yang mampu mengeluarkan minyak gaharu bermutu. Pokok karas yang sudah dirawat akan menghasilkan kayu untuk diekstrakkan bagi menghasilkan minyaknya melalui beberapa proses. Kayu berkenaan akan dikisar menjadi halus dan direndam untuk tempoh tertentu bagi memisahkan sel parenkima dan kelenjar minyak sebelum direbus dan proses penyulingan bagi mendapatkan minyaknya. Zaidi berkata, minyak gaharu bermutu tinggi mengeluarkan bau manis antaranya seakan bau madu lebah dan bau masam-manis seperti buah plum, manakala minyak yang mengeluarkan bau seperti kayu direndam atau kayu reput dianggap gred rendah. Katanya, ada syarikat yang mencampurkan kayu gaharu dengan kayu cendana ketika proses rebusan untuk memperoleh minyak yang banyak dan ini menjadikan minyak gaharu tidak tulen. “ Bagi pembeli minyak gaharu, mereka dapat mengenal pasti ketulenan sama ada melalui kaedah bau atau menggunakan kaedah lain. Agarwood sentiasa memastikan minyak gaharu yang dihasilkannya tulen dengan memastikan hanya kayu gaharu tulen saja digunakan menghasilkan minyak berkenaan, ” katanya. Beliau berkata, memandangkan permintaan semakin meningkat, syarikat berusaha meningkatkan jumlah pokok melalui kaedah membeli pokok karas daripada penduduk kampung dengan bayaran RM500 sepohon. “ Setakat ini, Agarwood sudah membeli kira-kira 200 pokok dari penduduk kampung negeri ini dan kebanyakannya membabitkan kawasan Koridor Depu iaitu di sekitar jajahan Kota Bharu. “ Dijangkakan apabila projek depu yang dilaksanakan kerajaan negeri beroperasi sepenuhnya di Gua Musang, syarikat berupaya meningkatkan pengeluaran minyak gaharu sekali gus mampu memenuhi permintaan pasaran tempatan serta antarabangsa, ” katanya. Jenis kayu Gaharu di Malaysia 1. Aquilaria Hirta Pantai Timur Malaysia 2. Aquilaria Beccariana Selatan Malaysia 3. Aquilaria Rostrata Tengah 4. Aquilaria Malaccencis Seluruh Malaysia 5. Aquilaria Microcarpa Selatan Malaysia Jenis kayu Gaharu di Asia lainnya 1. AQUILARIA SUBINTEGRA Thailand 2. AQUILARIA CRASSNA Thailand, Cambodia, Loas, Vietnam 3. AQUILARIA MALACCENSIS Thailand, India, Indonesia, Malaysia 4. AQUILARIA APICULATA Philippines 5. AQUILARIA BAILLONIL Thailand, Combodia, Loas, Vietnam 6. AQUILARIA BANEONSIS Vietnam 7. AQUILARIA BECCARIAN Indonesia, Malaysia 8. AQUILARIA BRACHYANTHA Malaysia 9. AQUILARIA CUMINGIANA Indonesia, Philippines 10.AQUILARIA FILARIA Nuegini, China 11.AQUILARIA GRANDIFLORA China 12.AQUILARIA HILATA Indonesia, Malaysia 13.AQUILARIA KHASIANA India 14.AQUILARIA MICROCAPA Indonesia, Malaysia 15.AQUILARIA ROSTRATA Malaysia 16.AQUILARIA SINENSIS China KEPERLUAN IKLIM 1. Ketinggian 0 – 1000meter dari paras laut 2. Hujan 1000-2000cm 3. Suhu 26° C - 31° 4. Cahaya matahari > 50% 5. Tanah - liat atau berpasir banyak tidak sesuai 6. pH tanah antara 5.0 hingga 7.0. CARA TANAMAN 1. Sendirian – jarak minima 8 x 8 kaki. 2. Intergrasi - Ditanam diantara pokok di kebun getah TEKNIK INOKULASI KULAT Setelah pokok mencapai diameter 10cm, lubang dibuat pada jarak 20cm antara satu sama lain dan disumbatkan dengan buluh / polypipe dan diinokulasi kulat jenis Furasium sp, Phytium sp, Lasioplodia sp, Libertela sp, Scytalidium sp, Thielaviopsis sp, dll. Proses aruhan kimia juga boleh digunakan. NOTA a. Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan. b. Harganya boleh mencecah sehingga RM 2-18 ribu sekilogram bergantung kepada penjual dan pembeli. c. Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM50 juta ke Arab Saudi ( 20% sahaja daripada permintaan pasaran) d. Penanaman gaharu di Malaysia masih, tetapi telah lama dilakukan di Indonesia, Thailand dan Kemboja MENGAPA PERLU MENANAM GAHARU? Kerana pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi.Purata setiap pokok bernilai antara RM 2 000 hingga RM 5 000 sebatang selepas 6 tahun.Setiap kita harus berusha menanan sekurangnya 1000 batang iaitu seluas dua ekar. INGAT: 1000 BATANG X RM 3 000 = RM 3 000 000 Keperluan : 1. tanah 2 ekar 2. modal RM 20 000 Pulangan : RM 3 000 000 Masa : 6 tahun ( purata pendapatan 500 ribu setahun) Fakta Gaharu 2 Aquilaria 1. Pokok spesies Aquilaria mempunyai anatomi yang luar biasa dan kandungan sel tumbuhan yang khusus di dalam Xylem yang bertindak untuk menghasilkan " Damar " ( Resin) . 2. " Damar " yang terhasil secara mendadak dan dramatik akan menigkatkan berat dan ketumpatan kayu Gaharu yang terlibat. 3. " Damar " mengandungi terpenes aromatic dan spesifikasi kimia lain yang menyumbangkan kepada bau aroma Gaharu yang unik. 4. Kandungan yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri daripada sesquiterpenes, sesquiter-pene alkohol, kompaun oxygeneted dan chromone. Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang menghasilkan aroma/ bau-bauan yang sangat wangi tanpa tambahan alkohol. 5. Daripada 18 spesies keluarga thymelaeaceae taxonomy, hanya 8 spesies sahaja yang telah dikenalpasti menghasilkan " Damar " ( Resin) iaitu agar, gaharu. 6. Damar yang berkualiti tinggi terhasil daripada tindakbalas semulajadi pokok terhadap serangan fungi. Pembentukan " Damar " berlaku di teras dan akar pokok Aquilaria. Warna kayu yang menghasilkan Gaharu akan berubah daripada warna coklat pudar kepada warna coklat dan/ atau hitam yang gelap. 7. Pokok Aquilaria menghasilkan kadar " Damar " yang tinggi di kawasan tanah yang mengandungi komposisi organik yang mudah meruap dimana komposisi tanah itu membantu dalam menumpaskan dan/ atau melambatkan pertumbuhan fungus. 8. Kaedah pertanian moden melibatkanrawatan mekanikal danteknik peransang damar. Kaedah ini terbukti dapat menghasilkan jumlah " Damar " yang banyak terhadap pokok Gaharu yang masih muda. Rawatan Mekanikal • Kaedah rawatan mekanikal melalui proses penebukan lubang secara bersistematik adalah bertujuan untuk " mencederakan" pokok Aquilaria, Pada masa yang sama rawatan yang khas diberikan kepada pokok Aquilaria untuk meningkatkan keupayaan tindak balas semulajadi pokok bagi menghasilkan " Damar Gaharu " . Teknik Peransang Damar • Di dalam hutan Malaysia, hanya 7% pokok Gaharu yang dijangkiti Fungus ( endotrophic mycorrhizal fungi ) menghasilkan damar. • Di dalam kaedah pertanian Gaharu secara moden, selepas berumur 5 tahun, pokok Aquilaria akan melalui proses teknik peransang damar dimana serum ERIBS yang disuntik kepada pokok Gaharu akan menghasilkan enzim sel yang bertindak untuk memecahkan sel-sel yang berada di kawasan sel Xylem pokok. Tujuan teknik peransang damar ini adalah untuk menaikkan kadar pertahanan semulajadi pokok Gaharu terhadap ancaman serangan luar sambil menghasilkan damar. • Kawasan pertanian Gaharu mestilah mempunyai kadar kelembapan yang tinggi supaya proses peransang damar boleh berjalan dengan lancar.
Tampilkan Lebih Banyak